Assalamualaikum wbt :DD
PERIHAL
DIRI, PERANCANGAN PENGAJIAN DAN KERJAYA.
Assalamualaikum wbt. Nama saya Nur
Farhanah Binti Zamri. Berumur 18 tahun. Saya dilahirkan pada hari khamis,
tanggal 24 Julai 1995, tepat jam 11:04 malam di Hospital Batu Gajah, Perak. Saya
merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik yang terdiri daripada 4 orang
perempuan dan seorang lelaki. Anak kepada pasangan En Hj Zamri bin Mohd Ariffin
dan Pn Hjh Hasnah binti Othman. Pada tahun 2002, saya mula bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Bakap sewaktu darjah satu sehingga darjah 4. Kemudian pada
tahun 2005, saya berpindah ke Sekolah Kebangsaan TIWA sewaktu darjah 4 sehingga
darjah 6. Atas izin Allah, saya telah mendapat 4A 1B dalam peperiksaan UPSR. Kemudian,
saya telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf,
Batu Gajah. Ketika saya berada di tingkatan 4, saya telah mendapat tawaran ke
SMKA Slim River untuk meneruskan pelajaran dalam kelas Akaun. Saya menerima
tawaran tersebut dan hanya berada di situ selama seminggu. Kemudian saya
berpindah semula ke sekolah lama saya, SMK Sultan Yussuf. Alhamdulillah, saya
berjaya mendapat keputusan 6A3B dalam peperiksaan PMR dan 1A+4A2A-2B+1B1C dalam
peperiksaan SPM.
Sementara menunggu keputusan SPM keluar,
saya telah bekerja di sebuah restoran makanan segera yang terkenal iaitu di KFC
sebagai seorang cashier. Saya hanya bekerja di situ selama sebulan dua
minggu. Hal ini kerana ibu bapa saya perlu mengerjakan umrah dan saya
bersama-sama adik perlu tinggal di rumah saudara selama tempoh pemergian ibu
bapa saya ke Mekah al-Mukarramah. Tambahan pula pada awal bulan 6, saya perlu
mendaftar di Unikl RCMP. Saya juga telah mendapat tawaran UPU di UITM Arau,
Perlis untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Business Study. Namun, saya
tidak menerimanya walaupun saya amat meminati kos itu. Hal ini kerana ramai
ahli keluarga saya yang mengatakan saya patut memilih Unikl. Tambahan pula,
Unikl berada di bawah MARA. Cara membayar pinjaman pula dikatakan sangat untung
kerana sekiranya saya berjaya mendapat pointer 3.5 ke atas, saya hanya
perlu membayar pinjaman dalam jumlah yang lebih sedikit.
Kakak sulung saya telah berada di
matriks selama setahun. Kemudian dia berjaya meneruskan pengajian ke peringkat
seterusnya iaitu di UITM Puncak Alam sebelum dipindahkan ke UITM Shah Alam,
tempat dia menuntut sekarang. Dia sedang meneruskan pengajian ke peringkat
ijazah dalam bidang Sains Matematik dan Komputer. Menurut ibu, dia tidak
mendapat sebarang bentuk pinjaman sama ada PTPTN, apatah lagi MARA. Jadi,
semuanya atas tanggungan ibu bapa saya sepenuhnya. Kakak kedua saya pula telah
memasuki Kolej MARA Kuala Nerang pada tahun 2011. Kemudian, dia telah dihantar
oleh pihak MARA ke Universiti Kuala Lumpur British-Malayan Institute (UniKL BMI)
untuk meneruskan pengajian dalam bidang Electronic Engineering. Setelah
beberapa tahun berada di UniKL BMI, dia berjaya melayakkan diri untuk pergi ke
Sydney,Australia bagi menyambung pelajarannya. Sekarang, dia sedang menuntut di
University South Wales, Australia sehingga tahun 2016 kelak
Adik lelaki saya sekarang berada di
tingkatan 4 di Sekolah Permaisuri Bainun, Ipoh. Sebelum itu, dia bersekolah di
sekolah yang sama dengan saya iaitu di SMK Sultan Yussuf.Alhamdulillah, dia
berjaya mendapat 6A2B dalam peperiksaan PMR 2012. Adik bongsu saya juga
bersekolah di tempat yang sama, SMK Sultan Yussuf. Kesimpulannya, kesemua
adik-beradik saya bersekolah di SMK Sultan Yussuf sehinggalah mereka berpindah
ke sekolah lain semasa di tingakatan 4. Ibu saya merupakan seorang guru Fizik
di SMK Sultan Yussuf. Ayah saya pula merupakan guru Bahasa Inggeris di SK
Tangjung Tualang.
Sewaktu di sekolah menengah, saya
tidak mengambil mata pelajaran sains seperti Kimia, Biologi dan Fizik. Saya
hanya mengambil subjek IT dan Perdagangan. Pada mulanya, saya ingin melanjutkan
pengajian dalam bidang Business Study ataupun IT, sesuai dengan subjek yang
saya ambil dalam SPM. Jadi, saya tidak pernah terfikir untuk meyambung
pengajian dalam bidang Physiotherapy. Atas nasihat dan dorongan ibu bapa, saya
menerima tawaran Unikl RCMP untuk meneruskan pengajian dalam bidang Diploma in
Physioteraphy. Ini kerana, saya yakin dengan pilihan ibu bapa saya kerana saya
sedar keputusan ibu bapa adalah yang terbaik. Tambahan pula, saya amat meminati
subjek Sains. Saya perlu berfikiran terbuka tentang kos yang saya sedang
pelajari sekarang ini kerana ini melibatkan masa depan saya. Tetapi dengan
kuasa Allah, saya juga difahamkan kami akan belajar subjek Career Guidance. Ini
berkait rapat dengan Business Study. Mungkin ini ganjaran buat saya, wallahu
A’lam. Namun, saya berasa bersyukur kerana tidak sia-sia saya menerima tawaran
Unikl RCMP.
Saya amat berharap agar saya dapat
menerima pinjaman MARA kerana saya akan dapat mengurangkan tanggungan ibu bapa
saya. Dalam tahun 2013 ini, kami telah diduga dengan berbagai-bagai ujian yang
amat besar sehingga terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit. Jadi sebagai anak,
saya ingin sekali membantu meringankan beban kewangan ibu bapa saya. Alhamdulillah,
saya yang pernah bekerja tahu bagaimana susahnya untuk mencari sesuap nasi.
Oleh sebab itu, saya sangat-sangat berharap saya dapat pinjaman MARA.
Saya ingin sekali menyambung
pengajian ke peringkat seterusnya, iaitu ke peringkat Degree. Saya juga
berhasrat untuk mengikut jejak langkah kakak kedua saya untuk terbang ke luar
negara. Saya tahu, saya perlu mahir dalam Bahasa Inggeris dan saya akan lakukan
yang terbaik demi masa depan saya sendiri dan ibu bapa saya yang selama ini
telah bersusah payah untuk saya.
Saya akan cuba mencari pekerjaan
sementara menunggu hari Graduasi untuk mencari lebih pengalaman dalam bidang
yang saya ambil. Sekiranya dimurahkan rezeki dan saya dapat melanjutkan
pelajaran ke luar negara, saya akan menyambung Degree. Kemudian, saya akan
mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang saya. Apabila dirasakan pengalaman
yang ditimba telah cukup dan memadai, InsyaaAllah saya akan cuba membuka
syarikat sendiri. Oleh itu, saya berjaya membalas keringat ibu bapa saya.
Seterusnya jika berpeluang, saya akan membawa ibu bapa saya melancong ke luar negara.
Mungkin mengerjakan umrah sekali lagi ataupun pergi ke negara lain bagi
menggembirakan hati mereka. Namun saya tahu, sekadar berangan tidak akan membawa
saya ke mana-mana. Saya tidak mahu apa yang saya impikan hanya sekadar
angan-angan Mat Jenin. Sekiranya MARA meluluskan pinjaman buat saya, saya akan
cuba belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menggapai apa yang saya impikan.
#wakakaa saja nak share. nilah yang aku buat sekarang. pinjaman MARA punya pasyal.. GTG :) Fi hifzillah, insyaaAllah :')
1 comment:
Wow what a great blog, i really enjoyed reading this, good luck in your work. Ashmore Physio
Post a Comment