Monday, 26 August 2013

Le Wedding - Part 1

ASSALAMUALAIKUM



          So 24-August-2013 hari tu aku went to le wedding. It's my cousin's. So, happy wedding day to 'em. Harapnya kekal sehingga ke Jannah. Dapatkan zuriat yang soleh wa solehah. Always be a good role models to ur kids nanti.  Jangan selalu gaduh. Kalau iya pun, cepat-cepat berbaik. This ucapan bukan untuk diorang je, tapi untuk semua newlyweeds dalam dunia ni. Tak kisahlah newly ke... oldly ke... asalkan pengantin lah. Dalam banyak-banyak wedding cousins aku, aku paling suka wedding adik-beradik cousin aku yang ni. Why ?? And ... the answers remains secret :)



ni lah family yang aku cakap tu. adik-beradik diorang semua perempuan. yang lelaki tu menantu makcik aku. yang kawin haritu paling kanan, berdiri. Japp kita close up sikit.


Tadaa ! Cantik kan. Muka dia macam arab sikit. SIKIT ye hehe.


          Akad nikah hari Jumaat, tapi aku tak datang. Yelah, Sabtu tu kan sekolah. So, hari sabtu hari tu pun mak and adik aku sekolah kejap je. Pukul 10 lebih balik. Tukar je baju, terus gerak Selayang. Luckily, tempat sanding diorang dekat je dengan rumah diorang. Kiranya, kitorang sefamili tiba tepat pada masanya.

          Diorang bersanding dekat Dewan SK Selayang.. tak silap aku lah namanya macam tu. Tu sekolah makcik aku. Means, makcik aku sekolah situ. Aku agaklah. Tak tahu sangat. Dari pukul 12 lebih sampai la nak dekat 6:30 ptg baru kitorang gerak balik rumah. Itu termasuklah lepas dah habis kemas dewan tu semua; meja, stage, multimedia team pun dah balik,.. pokoknya all cleared lah. Aku tidur rumah sedara aku dekat Bukit Beruntung. Tapi mak ayah aku duk rumah pengantin tu (di selayang) hehe.

- to be continued-







No comments: